Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Laluan-laluan bermusim

Laluan Mendaki Bukit

Selepas bunga-bunga yang telah mekar pada musim bunga gugur, kita sekarang boleh menikmati pokok-pokok yang hijau terang dan gunung-gunung yang diliputi oleh rumput-rumput segar. Ini adalah masa yang terbaik untuk pendakian yang santai. Kawasan Takao mempunyai gunung-gunung sepanjang berbatu-batu dan adalah pusat kepada Tokong Jingo-ji dan tempat Warisan Dunia yang lain. Takao juga merupakan kawasan yang terkenal sebagai tempat penggambaran drama lama Jepun. Ia adalah tempat yang sesuai untuk mendaki bukit dan melawat tokong-tokong.


(Lebih kurang 4.5 jam)

10:00-12:20

Spring03a

Tokong Kozan-ji

Di antara harta yang disimpan di dalam tokong ini adalah replika “Choji Jinbutsu Giga” (“Skrol-skrol Binatang dan Manusia Bermain”), skrol gambar terkenal yang memaparkan katak, monyet, burung dan arnab menjalani kehidupan duniawi. Ia dikatakan sebagai komik pertama Jepun, skrol lukisan berus ini menyindir kelemahan manusia.

13:00-14:00

Spring03b

Tokong Jingo-ji

Terdapat 360 anak tangga batu untuk sampai ke pagar tokong, oleh itu, naik ke atas tanpa tergesa-gesa. Dari platform melihat, para pengunjung membaling tembikar yang tidak disepuh untuk menghalau kejahatan.

15:00-15:10

Kiyotaki

Sekiranya anda mengikuti laluan jalan kaki di belah timur yang mengikuti Sungai Kiyotaki dari Takao, anda boleh sampai ke Arashiyama.

17:30-17:50

Rendaman Kaki di Stesen Arashiyama

Dalam perjalanan pulang ke tengah Kyoto, apa kata anda merehatkan kaki anda di tempat rendaman kaki di Stesen Arashiyama? Dengan memanaskan semua bahagian kaki dari tumit ke jari kaki, rendaman selama 10 minit dikatakan boleh mengeluarkan hasil yang terbaik.

Spring01

Menikmati dan Berehat di Waktu Malam pada Musim Bunga

Baca Lagi

Spring02

Laluan Melalui Tepian Air Kyoto.

Baca Lagi