Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Laluan-laluan bermusim

Kawasan Sagano-Arashiyama

Terletak di bahagian barat Kyoto, kawasan Sagano dan Arashiyama adalah salah satu tempat terbaik untuk mengalami keindahan alam semula jadi Jepun digabungkan dengan pelbagai kuil-kuil tradisional.
Pada musim bunga sakura mekar (awal April) dan musim dedaun luruh (awal bulan Disember), kawasan Sagano-Arashiyama agak sesak dengan ramai pelancong dari dalam dan luar negara, dan kadang-kadang ianya sukar untuk berjalan!
Jika anda datang pada musim panas, anda benar-benar akan dapat memperolehi 'Pengalaman Jepun' dengan ketenangan yang sempurna.
Terdapat banyak perkara untuk dilihat di kawasan Sagano Arashiyama, jadi ianya lebih baik untuk mengambil satu hari lawatan menikmati kawasan itu secara menyeluruh.

-

Summer01a

Trem Bersiar-siar Sagano

Jika anda memulakan perjalanan anda di stesen Kyoto, ambil laluan JR ke stesen Saga Arashiyama untuk mendapatkan Keretapi Romantik (Torokko) yang pergi ke Kameoka (25 min) di sepanjang Sungai Hozugawa. Kereta api ini mempunyai 5 gerabak dan salah satu daripadanya adalah gerabak 'terbuka sepenuhnya' (tiada tingkap) yang anda boleh menikmati pemandangan panorama.
Trem ini bergerak keseluruhan panjang 7.3 km selama lebih kurang 25 min. Anda boleh menikmati dedaun musim luruh yang indah di atas gunung dan pemandangan lembah melalui tingkap yang besar.
Harga: Dewasa 600 yen, Kanak-kanak 300 yen
Jadual Operasi: 1 Mac - 29 Disember, Tiada operasi pada hari Rabu (kecuali 20 & 27 Mac, 3 & 10 April, 1 Mei, 23 & 30 Oktober, semua Rabu bulan November dan Ogos pada tahun 2013)
* Sila semak laman web untuk maklumat mengenai akses, laluan dan jadual waktu.
Laman web: http://www.sagano-kanko.co.jp/pdf/english.pdf

<< Hozugawa-kudari (Menaiki Bot Sungai Hozu) >>
Menaiki bot selama dua jam yang menguja menuruni Sungai Hozugawa.
Harga: Dewasa 3900 yen, Kanak-kanak 2500 yen
Jadual Operasi: Dibuka 365 hari (Operasi boleh dibatalkan akibat cuaca buruk)
* Sila semak laman web mengenai akses, laluan dan jadual waktu.
Laman web: http://www.hozugawakudari.jp/en

-

Summer01b

Kuil Jojakko-ji

Dari stesen Arashiyama (Torokko), berjalan di sepanjang kolam kecil untuk sampai ke Kuil Jojakkoji di mana sememangnya indah pada musim panas dengan semua kehijauan dan lumut. Anda benar-benar akan mengalami Kyoto tradisional dan semula jadi tulen seperti yang anda impikan. Jika anda mendaki di bahagian atas bukit, anda akan mendapat pandangan di seluruh kawasan itu.
Laman web: http://www.jojakko-ji.or.jp/main.php

-

Summer01c

Kuil Daikaku-ji

Kuil ini terletak di hujung utara arked Teramachi dan terkenal kerana menjadi tempat di mana, semasa zaman berperang (1467 - 1568), komander tentera Oda Nobunaga telah keluar untuk menemui ajalnya.

Butiran
Waktu: 9: 00 hingga 16:30
Alamat: 4 Osawacho Saga Ukyo-ku, Bandaraya Kyoto
Akses: Berjalan kaki dengan singkat dari Perhentian Bas Kota Dikaku-ji
Bayaran masuk: 500 yen (600 yen untuk pas bersama dengan Kuil Giou-ji)
Laman web: http://www.daikakuji.or.jp/

-

Summer01d

Kuil Tenryuji

Tinggalkan Kuil Daikakuji untuk menuju ke hutan buluh. Jika anda mendongak berdiri di laluan sempit antara buluh, semua yang anda dapat lihat hanyalah kehijauan yang bergoyang dalam angin. Ia akan membawa anda kesegaran dengan bunyi dedaun. Jika anda mempunyai tenaga yang cukup untuk pergi ke 'puncak' hutan buluh, ia akan lebih baik untuk berhenti di vila Okochi-sanso yang dibuat oleh Denjiro Okochi, pelakon terkenal Jepun. Selepas vila, anda boleh berjalan pulang mengikuti hutan buluh untuk melawat Kuil Tenryuji di mana benar-benar tenang dan hijau pada musim panas dan anda boleh menikmati taman Jepun yang biasa dengan kolam, berlatarbelakangkan pergunungan Arashiyama, atau mendaki ke titik pandangan Arashiyama di mana anda akan mendapat pandangan yang hebat ke atas sungai Hozugawa dan gunung-ganang..

-

Summer01e

Jambatan Togetsukyo

Dari Kuil Tenryuji, anda boleh berjalan ke Jambatan Togetsukyo, yang merupakan ikon Arashiyama. Anda hanya boleh berjalan kaki di sepanjang sungai dan menikmati landskap yang indah ini.

-

Summer01f

Ukai (Memancing dengan burung dendang air)

Burung dendang air memancing, 'Ukai' dalam bahasa Jepun, adalah satu acara unik yang berlaku hanya pada waktu malam musim panas. Nelayan dengan bot mereka pergi memancing dengan burung dendang air mereka yang terlatih : Burung ini menangkap ikan dan membawanya kembali kepada nelayan! Nelayan menggunakan api di atas air untuk memberi cahaya kepada burung dendang air. Ini benar-benar suatu acara yang mesti dilihat. Anda akan berada dalam bot-bot kecil untuk menonton acara ini hanya di depan mata anda.

Summer02

Kuil untuk Musim Hujan

Baca Lagi

Summer03

Bunga Hujan: Cinta Bunga Tiga Bulan

Baca Lagi