Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Laluan-laluan bermusim

Jelajahi Musim Luruh Kyoto yang Baru sambil Memakai Kimono!

Pada hari yang menenangkan di musim luruh, pakailah kimono dan rasakan kebangkitan semangat anda ketika berjalan melihat Kyoto. Sambil berjalan-jalan di jalan-jalan kecil dalam bandar, tokong, kuil, bangunan bersejarah dan daerah Geisha yang terkenal, cubalah berhenti untuk menikmati parfait teh hijau.

(Kira-kira 7 jam)

10:00-18:00

Kedai Kimono Kitamura

Pilih daripada koleksi kimono bermusim dan cubalah menyewa satu set lengkap. Tanpa sebarang kesusahan, anda boleh memulakan perjalanan berjalan di sekeliling Kyoto. Juga termasuk cenderahati Jepun kecil!

Butiran
* Alamat : 470 Shimogawara-cho, Kodai-ji Monzen, Shimogawara-dori, Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
* Akses: 5 minit jalan kaki dari Hentian Bas Bandar Higashiyama-yasui
* Tel.: 075-531-3981, 050-5805-0974, 0120-979-817
* Laman sesawang: http://www.sensho-kitamura.jp/info/english.html
* Bayaran: 5,250 yen (*Tempahan diperlukan / Reservations required)

<10 minit jalan kaki>

13:20-13:50

Jalan Dinding Batu

Dibina pada zaman Meiji sehingga ke zaman Taisho, dinding batu ini menjadi jalan menuju restoran gourmet dan rumah penginapan tradisional Jepun. Di kawasan pemeliharaan bangunan tradisional penting yang telah disediakan, masih ada keanggunan tradisional di dalam tinggalan seni bina tradisional Jepun. Bilangan pejalan kaki yang sedikit membolehkan anda merasakan kehidupan orang-orang dahulu Jepun.

Butiran
* Alamat: Shimogawaracho, Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
*Akses: 7 minit jalan kaki dari Hentian Bas Bandar Higashiyama-Yasui

<5 minit jalan kaki>

14:00-15:00

Gion Tsujiri Cawangan Kodai-ji

Gion Tsujiri adalah kedai teh terbaik di Kyoto! Maccha gred terbaik yang digunakan dalam upacara teh digunakan dengan banyak di dalam parfait Tsujiri yang telah dipilih khas, berharga dari 871 yen. Banyak lagi pilihan manisan maccha boleh didapati di dalam menu. Barisan untuk masuk ke kedai ini adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan kedai utama di Gion, dan lokasi ini adalah agak senyap tetapi kedai ini adalah sangat disyorkan.

Butiran
* Waktu: 11:00 – 17:00 Pesanan terakhir (Berubah mengikut musimVaries according to the season)
* Alamat: Nene no michi, Kodai-ji, Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
* Akses: 15 jalan kaki dari stesen Gion-shijo di aliran Keihan
* Jalan sedikit dari Hentian Bas Bandar Gion /.A short walk from City Bus Stop Gion
* Tel.: 075-541-1228

<15 minit jalan kaki>

15:30-17:00

Autumn01d

Tokong Shoren-in

Ajaran di tokong ini berasal daripada sami agama Buddha bersederhana yang tinggal di atas Gunung Hiei. Selepas seorang anak lelaki maharaja yang telah bersara memasuki tokong ini di akhir zaman Heian (794 – 1185), ia telah berkembang sebagai tokong keluarga diraja. Melihat Taman Kirishima (yang dibina pada zaman Muromachi) sambil menikmati teh adalah tarikan lawatan ke tokong ini.

Butiran
* Waktu: 9:00 - 17:00 (Tidak dibenarkan masuk selepas 16.30)
*Pada musim bunga dan musim luruh, terdapat lawatan malam khas.
* Alamat: 69-1 Sanjobo-cho, Awataguchi, Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
* Akses: 5 minit jalan kaki dari stesen Higashiyama di aliran Bawah Tanah Tozai
* 3 minit jalan kaki dari Hentian Bas Bandar Jinju-machi
* Tel: 075-561-2345
* Bayaran Masuk: Dewasa: 500 yen, Pelajar sekolah Menengah: 400 yen, Pelajas sekolah rendah: 200 yen
* Laman sesawang: http://www.shorenin.com/english/

Autumn03

Nikmati Waktu Malam Musim Luruh yang panjang

Baca Lagi

Autumn02

Keindahan Dedaunan Musim Luruh di Jepun

Baca Lagi