Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Laluan-laluan bermusim

Keindahan Dedaunan Musim Luruh di Jepun

Laluan ini menggabungkan keindahan seni dan musim di Jepun kepada satu pengalaman yang menakjubkan. Daripada hasil kerja seni yang menyuarakan sejarah tokong-tokong, kuil-kuil dan daerah Geisha yang masih wujud serta terus maju walau di zaman moden ini, anda boleh melihat dan merasai sepenuhnya keindahan Jepun.

(Lebih kurang 5 jam)

16:00-17:00

Kyoto Municipal Museum of Art

Muzium ini sering menganjurkan pelbagai jenis pameran termasuk hasil kerja dari luar negara.

<15 minit jalan>

18:00-19:00

Autumn02b

Tokong Shoren-in

Dalam cabang Tendai di dalam agama Buddha, Tokong Shoren-in adalah satu-satunya daripada lima tokong Monzeki yang pernah dijadikan tempat penginapan oleh seorang ahli keluarga diraja. Tokong ini pada mulanya adalah rumah seorang ketua sami, tetapi selepas anak lelaki Maharaja Toba memasuki cabang ini, dia menubuhkan sebuah dewan dan tokong yang sesuai untuk golongan diraja. Laman tokong ini juga telah dibina oleh artis terkenal seperti Soami pada zaman Muromachi dan Kobori Enshu, yang juga telah mereka bentuk laman di Istana Nijo-jo. Ketika waktu penyalaan lampu hiasan istimewa pada musim luruh, lampu cari yang berkaitan dengan imej utama, iaitu Shijoko Nyorai atau “Buddha Cahaya” telah digunakan untuk mengubah dedaun yang ada di sekeliling kepada awan-awan warna yang terapung.


<15 minit jalan>

19:30-20:00

Sungai Gion Shirakawa

Gion adalah kawasan yang paling terkenal daripada 5 kawasan Geiko (Geisha) di Kyoto. Di jalan-jalan yang telah ditetapkan di dalam kawasan ini, rupa dan suasana kawasan lampu merah lama masih kekal di jalan-jalan batu kelikir tersebut. Maiko (perantis Geisha) dan Geiko menyambut tetamu ke dalam rumah teh tradisional yang terdapat di sepanjang jalan. Sekiranya anda bertuah, anda mungkin boleh bertemu dengan Geisha sebenar. Terasing daripada kebisingan bandar, anda boleh berjalan melalui laluan-laluan lama dan mengalami suasana tradisional Kyoto.

Akses: 5 minit jalan kaki dari Stesen Hankyu Kawaramachi di Laluan Keretapi Hankyu

<15 minit jalan>

19:30-21:00

Restoran Jepun Tagoto

Setiap satu hidangan istimewa Tagoto meggunakan susunan ramuan mengikut musim berwarna-warni yang dihidangkan dalam satu cara yang membangkitkan imej upacara teh tradisional Jepun. Setiap elemen di dalam hidangan Kaiseki ini telah disediakan dengan rapi dan diletakkan perasa satu persatu.

Laman Sesawang: http://www.kyoto-tagoto.co.jp/english/index.html

Autumn03

Nikmati Waktu Malam Musim Luruh yang panjang

Baca Lagi

Autumn01

Jelajahi Musim Luruh Kyoto yang Baru sambil Memakai Kimono!

Baca Lagi