Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Laluan-laluan bermusim

Nikmati Waktu Malam Musim Luruh yang panjang

Di kuil yang mempunyai kaitan dengan isteri komander askar Toyotomi Hideyoshi (1537-1598), Nene, seseorang boleh menikmati taman yang indah dan rasa bagaikan waktu pergi meninggalkan anda. Apabila hari telah berakhir, anda boleh mengucapkan selamat kepada permandangan indah tersebut.

(Lebih kurang 2 jam)

15:00-16:00

Autumn03a

Kuil Kodai-ji

Berikutan kematian Shogun Toyotomi Hideyoshi pada tahun 1606, isteri Hiddeyoshi telah menubuhkan kuil ini dengan bantuan Tokugawa Ieyasu (1542-1616). Tambahan dengan pemandangan taman tersebut daripada bilik para sami, pameran artifak dan tinggalan Hideyoshi adalah antara dua tarikan yang ditawarkan oleh kuil ini. Hasil kerja lakuer dari Zaman Momoyama (1573 – 1603) yang dihiasi dengan hiasan berwarna emas berkilauan menjadikan makam Hideyoshi ini sebagai satu sempat yang perlu dilihat oleh semua pengunjung.

Butiran
* Waktu: 9:00 - 17:30 (Tidak dibenarkan masuk selepas pukul 17:00)
* Alamat: 526 Shimogawara-cho, Kodai-ji, Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
* Akses : 5 minit jalan kaki dari Hentian Bas Bandar Higashiyama Yasui
* Tel.: 075-561-9966
*Bayaran Masuk: Dewasa: 600 yen, Pelajar Sekolah Menengah: 200 yen, Pelajar Sekolah Rendah (ditemani orang dewasa): Percuma

<5 minit jalan kaki>

16:00-17:00

Autumn03b

Entoku-in (Kuil kecil di dalam Kuil Kodai-ji)

Istana dan laman hadapan Fushimi-jo telah dipindahkan dan dibina semula sebagai kuil kecil di mana Nene menghabiskan masa di akhir hayatnya. Laman utara telah dibina dalam sejenis Karesansui (Taman Batu) dan merupakan contoh taman Zaman Momoyama yang elok.

Butiran
* Waktu: 10:00 - 17:30 (Tiada kemasukan selepas pukul 17:00. Pada acara pencahayaan lampu hiasan, buka sehingga pukul 21:30)
* Alamat: 530 Shimogawara-cho, Kodai-ji, Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
* Akses: 5 minit jalan kaki dari Hentian Bas Bandar Higashiyama Yasui
* Tel.: 075-525-0101
* Bayaran Masuk: Dewasa: 500 yen, Pelajar Sekolah Menengah: 200 yen
* Laman Sesawang: http://www.kodaiji.com/entoku-in/entokuin-e/en-index.html

Autumn02

Keindahan Dedaunan Musim Luruh di Jepun

Baca Lagi

Autumn01

Jelajahi Musim Luruh Kyoto yang Baru sambil Memakai Kimono!

Baca Lagi