Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Laluan-laluan bermusim

Laluan Bunga Sakura dan Zazen ( Meditasi Duduk Zen)

Pada zaman dahulu, ianya telah diperkatakan bahawa bunga sakura yang indah mekar dan berani menyebarkan telah menjelmakan model samurai yang ideal. Dalam laluan ini, anda boleh menikmati keindahan bunga sakura dan memikirkan cara hidup samurai melalui meditasi Zen. Ini adalah satu peluang besar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan misteri samurai silam.

(Kira-kira 5.5 jam)

13:30-14:30

Tokong Hirano-jinja

Di Kyoto, ianya telah dikatakan bahawa bunga sakura di Tokong Hirano-jinja adalah yang pertama akan kembang mekar dan pada akhir Mac merupakan masa yang terbaik untuk melihat bunga sakura di sini. Di sebelah tokong ini terletak sebuah taman bunga sakura yang mempunyai banyak kedai-kedai teh yang mana pengunjung-pengunjung boleh menatap bunga sakura yang kembang sepenuhnya. Tokong ini adalah pusat utama yang menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung melihat bunga sakura dan mempunyai azimat nasib yang baik serta banyak barangan unik bertemakan bunga sakura turut dijual.

Butiran
Alamat: 1 Miyamoto-cho, Hirano, Kita-ku, Bandaraya Kyoto
Akses: Dengan berjalan kaki singkat dari Perhentian Bas Kota Kinugasako-mae
Waktu: 5: 00-17: 00 (Dalam musim sejuk: 6: 00-17: 00)
Kemasukan: Percuma

15:00-17:00

Myoshin-ji Shunko-in

Myoshin-ji Shunko-in adalah sub-kuil Zen di kompleks kuil Myoshin-ji. Walaupun ia biasanya ditutup kepada orang ramai, kuil ini menawarkan kelas meditasi Zen dalam bahasa Inggeris tanpa tempahan, jadi pengunjung-pengunjung boleh merasai pengalaman meditasi duduk Zen. Penginapan semalaman ditawarkan di kuil ini untuk penziarah tradisional. Tempahan boleh dibuat melalui laman web.

Butiran:
Alamat: 42 Myoshinji-cho, Hanazono, Ukyo-ku, Bandaraya Kyoto
Akses:Dengan berjalan kaki singkat dari Perhentian Bas Kota Myoshin-ji Kitamon-mae
12 minit berjalan kaki dari Stesen Hanazono di Laluan JR Sagano
Waktu: Ditutup kepada orang ramai (Meditasi Zen, 3 kali sehari: 9: 00-10: 30, 10: 40-12: 10 (tiada tempahan diperlukan), 13: 30-15: 00 (hanya untuk satu kumpulan 4 atau lebih ramai orang dan tempahan diperlukan)
Harga: Meditasi Zen dan lawatan (termasuk 2 sesi meditasi, lawatan ke kuil, maccha dan kuih-muih Jepun): 2000 yen; Meditasi Zen (2 sesi meditasi): 1,000 yen, Penginapan semalaman + meditasi Zen: 5,000 yen, Penginapan semalaman dengan bilik mandi berkongsi: 4000 yen
URL: http://www.shunkoin.com/

18:00-19:00

Winter02c

Istana Nijo-jo

Istana Nijo-jo, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, amat menakjubkan apabila 220 pokok sakura dan taman istana diterangi semasa musim sakura berbunga. Semasa acara ini, benteng luar (yang biasanya ditutup kepada orang ramai) menjadi tapak pameran gubahan bunga ikebana dan persembahan muzik tradisional Jepun. Teh akan dihidangkan di dalam taman istana utama terutama bagi acara ini.

Butiran:
Alamat: 541 Nijojo-cho, Horikawa Nijo-dori, Nakagyo-ku, Bandaraya Kyoto
Akses: Dengan berjalan kaki singkat dari Stesen Nijojo mae di Laluan Keretapi Bawah Tanah Tozai
Dengan berjalan kaki singkat dari Perhentian Bas Kota Nijo-jo mae
Waktu: (Semasa pencahayaan musim bunga) 18:00-21:30 (Kemasukan terakhir pada 21:00)
Bayaran masuk: 620 yen (Percuma untuk pelawat berpakaian kimono)

Winter03

Perjalanan Tujuh Dewa Nasib Baik

Baca Lagi

Winter01

Arashiyama dalam Perjalanan Musim Sejuk

Baca Lagi

Winter04

Merasai Tahun Baru Kyoto

Baca Lagi