Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Laluan-laluan bermusim

Menikmati dan Berehat di Waktu Malam pada Musim Bunga

Selepas melihat bunga sakura di waktu malam di sepanjang jalan-jalan di Kyoto, alamilah tarian Maiko (perantis geisha) yang menawan sambil menikmati hidangan Kyoto dalam aturan yang menenangkan serta membuatkan anda seperti berada dalam sebuah mimpi.

(Lebih kurang 4.5 jam )

17:00-17:30

Spring01a

Gion Shin-bashi

Lorong batu kerikil kecil ini adalah penuh dengan keindahan ala-Kyoto. Ketika musim bunga sakura (akhir bulan Mac hingga ke awal bulan April), kilapan lampu malam akan mencipta suasana yang tidak boleh dilepasi.

17:30-18:00

Spring01b

Taman Maruyama

Dikenali sebagai “Bunga sakura Gion”, taman ini mempunyai pokok bunga sakura menangis yang terkenal. Pokok sakura yang kini ada di taman ini telah ditanam pada tahun 1949 dan merupakan pokok generasi ke-dua di taman ini. Setiap tahun pada musim bunga (akhir bulan Mac hingga ke awal bulan April) terdapat acara penyalaan lampu hiasan pada waktu malam, dan ramai pengunjung yang datang untuk menikmati sebuah piknik “Hanami” (melihat Bunga sakura) tradisional.

Butiran
Alamat: Maruyama-cho Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
Akses: 3 minit jalan kaki dari Hentian Bas Bandar Gion
Waktu: Buka 24 jam (Penyalaan lampu hiasan: matahari terbenam sehingga 1am)

18:00-18:30

Spring01c

Higashiyama Hanatouro

Dalam waktu yang terhad pada musim bunga dan musim luruh pada setiap tahun, satu perayaan tanglung dan bunga dianjurkan di kaki bukit Higashiyama. Di lorong-lorong kecil di kawasan ini, gubahan bunga ikebana akan dipamerkan dan tanglung akan digunakan untuk menghiasi laluan-laluan tersebut. Tokong dan kuil di dalam kawasan ini juga menganjurkan acara menyalakan lampu hiasan khas pada waktu ini, membuatkan ia menjadi waktu yang terbaik untuk berjalan kaki di waktu malam.

Butiran
Alamat: Daerah Higashiyama, Bandar Kyoto
Akses: 5 minit jalan kaki dari Stesen Higashiyama di Aliran Bawah Tanah Tozai
Waktu: 18:00-21:30
Laman sesawang: http://www.hanatouro.jp/higashiyama/index.html

18:30-20:00

Spring01d

Gion Hatanaka

Alamilah keanggunan dan kehalusan Daerah Gion dengan menikmati makan malam di Ryokan tradisional (Rumah Penginapan Jepun). Dari 10 hb Januari hingga ke 22 hb Mac, satu jamuan khas akan disediakan sambil menonton tarian dan persembahan-persembahan oleh Maiko. Masa untuk bercakap dengan Maiko juga disediakan. (Penerangan dan terjemahan dalam bahasa Inggeris akan disediakan)

Butiran
Alamat: Kuil Yasaka-jinja Minami-mon-mae Gion Higashiyama-ku, Bandar Kyoto
Akses: 5 minit jalan kaki dari Hentian Bas Bandar Higashiyama Yasui
Waktu: 18:00 – 20:00
Tempoh upacara: 10 hb Januari hingga ke 22 hb Mac
Laman sesawang: http://www.kyoto-maiko.jp/index.html

Spring02

Laluan Melalui Tepian Air Kyoto.

Baca Lagi

Spring03

Laluan Mendaki Bukit

Baca Lagi