Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Tokong & Kuil

Toji01

Kuil To-ji

Pagoda 5 tingkat setinggi 55 meter telah lama berkhidmat sebagai mercu tanda bandar raya dan pusat kerohanian dan semangat kehidupan masyarakat. Pada 21 haribulan setiap bulan, pasar lambak (pasar Kobo-san) yang besar diadakan atas kawasan tanah Kuil To-ji, menarik penjual-penjual dari seluruh Jepun. Kraftangan, pakaian dan perabot antik, mainan kanak-kanak, tumbuh-tumbuhan dan makanan boleh didapati dengan banyaknya.
Untuk memenuhi satu dekri Imperial untuk melindungi bandar ini, Kuil To-ji telah dibina pada tahun 796. Dalam tahun 823, ia bertukar tangan daripada maharaja kepada pengasas mazhab Shingon agama Buddha, Kobo Daishi. Dewan kuliah mengandungi 21 imej Mandala menarik yang mengekod ajaran Shingon, manakala dewan utama kuil mengandungi gaya seni bina gabungan Cina, India, dan Jepun, dan begitu juga dengan patung-patung penyembuhan Buddha.

* Alamat: 1 Kujo-cho, Minami-ku, Bandaraya Kyoto, 601-8473
* Tel.: + 81- (0) 75-691-3325
* Faks .: + 81- (0) 75-662-0250
* Akses: 10-minit berjalan kaki dari Stesen To-ji di Laluan Keretapi Kintetsu, Perhentian Bas Kota To-ji-higashimon-mae, 15-minit berjalan kaki dari Stesen JR Kyoto pintu keluar Hachijo-guchi
* Parkir: 30 bas / 2000 yen
150 kereta / 600 yen (2 jam)
Teksi / 400 yen
* Boleh diakses kerusi roda : Ya
* Waktu: 8:30-17:30 (20 September - 20 Mac, dibuka sehingga 16:30)
* Tutup: Dibuka sepanjang tahun
* Bayaran Masuk: (Dewan emas dan dewan utama. Caj tambahan semasa pameran khas.)
Dewasa: 500 yen
Pelajar Sekolah Menengah Tinggi: 400 yen
Pelajar Sekolah Menengah Rendah/ Sekolah Rendah : 300 yen

Saihoji01

Kuil Saiho-ji (Kuil Koke-dera)

Baca Lagi

Ryoanji01

Kuil Ryoan-ji

Baca Lagi

Kamigamo01

Tokong Kamigamo-jinja

Baca Lagi

Daigoji01

Kuil Daigo-ji

Baca Lagi