Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Tokong & Kuil

Kozanji01

Kuil Kozan-ji

Kuil Kozan-ji berdiri di hutan gunung. Pokok sedar yang menjulang tinggi membarisi jalan ke kuil dan membenar belahan sinar mentari membasahi ke tanah yang dilitupi lumut. Sebuah tempat yang tenang dan terpencil, daya tarikan Kozan-ji terletak pada suasananya. Anda boleh duduk di beranda kuil menghadap ke lembah sungai Kiyotaki-gawa, mengagumi pemandangan bukit-bukau hijau, mendengar bunyi gamitan hutan, dan mudah membayangkan diri anda kembali pada abad ke-13 dan masa pengasasan kuil ini.
Kuil ini telah diasaskan oleh seorang sami bernama "Myoe", yang memulihkan sebuah kuil gunung sebelumnya dengan bantuan daripada Maharaja Gotoba yang bersara. Dewan maharaja dan bekas kediaman Myoe masih berdiri teguh. Kediaman ini adalah salah satu daripada beberapa baki contoh seni bina Zaman Kamakura, dengan bumbungnya daripada atap jerami dan genting.
Kawasan ini juga mempunyai ladang teh yang tertua di Jepun, yang telah ditanam oleh Myoe dengan benih yang diterima daripada sami Eisai, yang telah membawa mereka balik dari China. Teh telah digunakan untuk membantu para sami berjaga semasa meditasi lewat malam.
Khazanah kuil ini juga termasuk "Choju Jinbutsu Giga" ("Skrol Haiwan dan Manusia Bermain-main"), skrol gambar yang terkenal yang memaparkan katak, monyet, burung dan arnab yang terlibat dalam usaha pencarian duniawi. Kadang-kala digambarkan sebagai komik pertama Jepun, skrol bercat berus ini mempersendakan kelemahan manusia.

* Alamat: 8-Umegahata Toganoo-cho, Ukyo-ku, Bandaraya Kyoto
* Tel .: + 81- (0) 75-861-4204
* Bayaran Masuk: Dewasa (600 yen) / Kanak-kanak (300 yen) (+Dewasa (500 yen)/ Kanak-kanak (300 yen) semasa musim dedaun luruh )
* Waktu: 8:30-17:00
* Akses: Ambil Bas JR Laluan Takao / Keihoku ke Toganoo dari Stesen JR Kyoto.
15 minit berjalan kaki dari Perhentian Bas Kota Takao dari Stesen Sijo di Laluan Keretapi Bawah Tanah Karasuma

Kinkakuji01

Kuil Kinkaku-ji (Candi Emas)

Baca Lagi

Kamigamo01

Tokong Kamigamo-jinja

Baca Lagi

Ninnaji01

Kuil Ninna-ji

Baca Lagi

Saihoji01

Kuil Saiho-ji (Kuil Koke-dera)

Baca Lagi