Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums16

Muzium Seni Perbandaran Kyoto 【Kawasan Timur】

Muzium Seni Perbandaran Kyoto terletak di Taman Okazaki, tempat tumpuan banyak kemudahan budaya lain. Bangunan ini mempunyai bumbung gangsa dan gaya barat seni bina empayar yang unik. Muzium yang pertama telah dibuka pada tahun 1933 sebagai salah satu projek sambutan penguasaan takhta empayar oleh Maharaja Showa. Ini adalah muzium seni bandar yang kedua paling awal dibuka di Jepun.
Muzium ini mempunyai koleksi kira-kira 2,100 hasil seni termasuk lukisan Jepun oleh Takeuchi Seiho, Tomioka Tessai, Uemura Shoen, Kikuchi Keigetsu, Kajiwara Hisako, Kanashima Keika, serta lukisan barat, arca, kraf, seni khat dan cetakan blok kayu.
Pada masa lalu, muzium ini telah menganjurkan beberapa pameran khas berskala besar yang memaparkan beberapa bahagian koleksi daripada Louvre, muzium penting Amerika dan lain-lain. Pameran khas lain yang memaparkan seni Jepun moden dan pameran tahunan tetap juga popular.

*Alamat: Okazaki Enshoji-cho Sakyo-ku, Bandar Kyoto, 606-8344
* Tel.: +81-(0)75-771-4107 
* Faks.: +81-(0)75-761-0444
* Cara ke sana: 10 minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Bawah Tanah Higashiyama
1 minit berjalan kaki dari Hentian Bas Bandar "Kyoto Kaikan Bijutsukan-mae"
(#100 dari Stesen Kyoto, #5 dari Stesen Kyoto atau Sanjo Keihan, #32, 46 dari Shijo Omiya atau Shijo Kawaramachi)
* Bayaran Masuk: bergantung kepada pameran
* Kemasukan kerusi roda: Ya
* Masa lawatan: 9.00 pagi – 5.00 petang (kemasukan sehingga 4.30 petang)
* Ditutup: Isnin (buka jika Isnin adalah cuti umum), cuti Tahun Baru (28hb Dis-2hb Jan)
* Laman web: http://www.city.kyoto.jp/bunshi/kmma/en/information/index.html

Museums15

Menjejaki Sejarah Manga

Baca Lagi

Museums17

Akuarium Kyoto 【Kawasan Sentral】

Baca Lagi

Museums12

Kursus muzium

Baca Lagi

Adf142e8db9594c7ecbe648ba799feb3d5ae174d

Kyoto Shibori Museum

Baca Lagi