Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums01

Muzium Kyoto 【Kawasan Tengah】

Muzium ini merupakan satu muzium yang sangat hebat dalam mengetahui sejarah dan budaya Kyoto. Pameran-pameran kekalnya boleh ditemui di bahagian Sejarah Kyoto, Galeri Seni Halus dan Pertukangan, Balai Wayang Gambar, dan Galeri Wayang Gambar. Pameran-pameran khas juga selalu diadakan di sepanjang tahun.
Bangunan berbatu-bata merah yang menempatkan muzium ini dahulunya merupakan Bank of Japan cawangan Kyoto. Warisan kebudayaan yang penting ini menampilkan seni bina gaya Barat dari sekitar penghujung abad ke-19. Pelawat boleh membeli-belah dan makan malam di “Roji-tenpo,” sebatang jalan perniagaan Zaman Edo yang dibina semula.

* Alamat: Sanjo-Takakura, Nakagyo-ku, Kyoto City, 604-8183
* Tel.: +81-(0)75-222-0888
* Faks.: +81-(0)75-222-0889
* Boleh dihubungi dengan:
Berjalan 3-minit dari hentian ke-5 Stesen Karasuma-Oike di Rangkaian Kereta Api Bawah Tanah Tozai
Berjalan 7-minit daripada hentian ke-16 Stesen Karasuma di Rangkaian Hankyu
* Bayaran Masuk:
Dewasa: 500yen,
Penuntut Universiti: 400yen,
Pelajar Sekolah Tinggi dan rendah: Percuma
Pameran-pameran Khas: Bayaran tambahan dikenakan
* Kemudahan Kerusi Roda: Ya
* Waktu: 10:00 - 19:30 (Dibenarkan masuk sehingga 19:00)
* Tutup: Isnin dan 12/28-1/3
(Jika cuti umum jatuh pada hari Isnin, muzium akan ditutup pada hari Selasa keesokannya)
* Laman sesawang: http://www.bunpaku.or.jp/info_english.html

Museums09

Pejabat Bandaraya Kyoto 【Kawasan Tengah】

Baca Lagi

Museums05

Muzium Miho【Wilayah Shiga】

Baca Lagi

Museums03

Muzium Negara Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi

E9fbf3cda55147371229559177f2d758b8a6e5e3

Kyoto Railway Museum

Baca Lagi