Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums02

Muzium Seni Moden Negara, Kyoto 【Kawasan Timur】

Muzium Seni Moden Negara, Kyoto (MOMAK) dibuka kepada umum pada 26hb Oktober, , 1986 dengan jumlah saiz kawasan 9,761.99m2 dan kawasan pameran sebesar 2,604.94m2.

MOMAK merupakan sebuah institusi negara yang bermotifkan pengumpulan dan pemeliharaan hasil seni dan bahan rujukan yang berkaitan daripada abad ke-20 di Jepun dan bahagian-bahagian dunia yang lain. Perhatian utama diberikan kepada pergerakan ahli seni dan kesenian di kawasan Kyoto dan Kansai (kawasan Barat Jepun), seperti lukisan ala-Jepun daripada Sekolah Kyoto, dengan gambaran pergerakan kesenian dan kraf moden Jepun aliran utama dan juga hasil dari seluruh dunia yang meliputi setiap genre kraf.

Galeri Koleksi terdiri daripada sub-pameran bertema khas yang disegerakkan dengan pameran yang sedia ada atau mempersembahkan hasil penyelidikan Muzium. Ia juga berfungsi sebagai tapak untuk bengkel dan juga program pendidikan lain yang dianjurkan oleh Muzium.


* Alamat: Okazaki Enshoji-cho, Sakyo-ku, Bandaraya Kyoto, 606-8344

* Tel.: +81-(0)75-761-4111

* Akses: 10-minit perjalanan kaki dari Stesyen Higashiyama di Laluan Subway Tozai

* Yuran Kemasukan: Dewasa: 420yen, Pelajar Universiti: 130yen, Kanak-kanak bawah 18 tahun dan Warga Emas (65 dan ke atas): Percuma
Harga kemasukan untuk pameran khas dan pelancongan berlainan di antara pameran.
Kemasukan ke pameran termasuk kemasukan ke Galeri Koleksi.

* Hari-Hari Kemasukan Percuma (Galeri Koleksi sahaja): 5/18-19, 6/30, 8/25, 9/1, 10/27, 11/3

* Akses Kerusi Roda: Ya

* Masa buka: Masa biasa 9:30 - 17:00 (Kemasukan sehingga 16:30)
Masa petang 9:30 - 20:00 (Kemasukan sehingga 19:30) (Setiap Jumaat, ketika 4/13-8/17 kecuali 5/18, 6/29 dan 7/6)
*Masa petang juga tersedia pada 8/16 (Khamis.)
* Tutup: Isnin dan cuti Tahun baharu
(Sekiranya Isnin ialah cuti kebangsaan, muzium akan ditutup pada hari Selasa yang seterusnya kecuali 5/1, 7/17 dan 8/13)
* Muzium akan ditutup untuk kerja ubah suai dari 25 Disember ke 15 Mac, 2013.
* Ditutup atas sebab penggantian bahan pameran: 5/15, 7/3, 8/28, 10/30
* Laman web: http://www.momak.go.jp/English/

Museums09

Pejabat Bandaraya Kyoto 【Kawasan Tengah】

Baca Lagi

Museums03

Muzium Negara Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi

Museums13

Kursus Seni Bina Moden

Baca Lagi

Museums05

Muzium Miho【Wilayah Shiga】

Baca Lagi