Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums04

Muzium Manga Antarabangsa Kyoto 【Kawasan Pusat】

Ini adalah muzium Jepun pertama yang ditumpukan kepada manga. Muzium ini menawarkan himpunan bahan yang menakjubkan dengan segala-galanya daripada majalah dan buku Jepun pada abad ke-19 hinggalah kerja-kerja kontemporari popular dari Jepun dan luar negara. Muzium ini menempatkan kira-kira 300,000 manga dan bahan berkaitan manga termasuklah kajian tinjauan. Pameran khas juga diadakan di sini. Sebagai tambahan, muzium ini juga berfungsi sebagai perpustakaan. Para pengunjung juga mungkin mahu berkunjung ke kedai muzium dan warung kopi.
Dibina pada tahun 1929, bangunan muzium manga ini pada asalnya digunakan sebagai sekolah rendah dan masih lagi mengekalkan beberapa ciri sebuah sekolah.

* Alamat: Karasuma-Oike, Nakagyo-ku, Kyoto City, 604-0846
* Tel.: +81-(0)75-254-7414
* Faks.: +81-(0)75-254-7424
* Akses: 2 minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Bawah Tanah Karasuma-Oike pada Landasan Karasuma atau Landasan Tozai
* Yuran masuk: Dewasa: 800 yen, Pelajar Sekolah Tinggi Rendah dan Sekolah Tinggi: 300 yen, Pelajar Sekolah Rendah: 100 yen, Kanak-kanak: Percuma
* Akses Kerusi Roda: Ya
* Waktu Dibuka: 10:00 - 18:00 (Kemasukan hingga 17:30)
* Ditutup: Setiap Rabu, Cuti Tahun Baru dan tempoh penyelenggaraan
(Jika Rabu ialah cuti umum, muzium akan ditutup pada Khamis keesokannya)
* Laman web: http://www.kyotomm.jp/english/

Museums16

Muzium Seni Perbandaran Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi

Museums13

Kursus Seni Bina Moden

Baca Lagi

Adf142e8db9594c7ecbe648ba799feb3d5ae174d

Kyoto Shibori Museum

Baca Lagi

Museums05

Muzium Miho【Wilayah Shiga】

Baca Lagi