Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums05

Muzium Miho【Wilayah Shiga】

Struktur bawah tanah: satu integrasi bentuk dan sifat buatan manusia

Jauh dari bandar yang sesak, Muzium Miho yang terletak antara Gunung Shigaraki yang menghijau. Laluan ke muzium ini menyerong ke arah pintu masuknya melalui terowong dan merentasi jambatan yang merentangi dua rabung gunung. Apabila menghampiri, anda dapat melihat bayangan sekilas bumbung kaca di atas cerun gunung yang dipenuhi pokok pain. Seperti syurga duniawi dalam puisi Cina klasik, "Lembah Bunga Pic", kebanyakan bangunan muzium adalah tersembunyi.


Bahagian Dalam: satu pertembungan kawasan lapang yang bercahaya

Sebaik sahaja berada di dalam, anda akan dapat melihat perubahan dramatik dari kawasan luar muzium itu. Cahaya matahari lembut masuk melalui bumbung kaca bertingkap kecil ke dalam kawasan penerimaan yang luas dan menerangi dinding batu kapur berwarna madu, memberikannya cahaya yang hangat. Rasa keluasan dan jarak diperluaskan lagi dengan pemandangan panorama pergunungan yang jauh yang mengelilingi bangunan itu. "Saya rasa anda dapat melihat percubaan yang disengajakan pada bahagian saya untuk membuat bayang bangunan itu selesa dalam landskap semula jadi." Penyataan oleh Dr. Pei ini mencadangkan, muzium ini adalah penjelmaan indah dua aspek seni bina: struktur yang berdiri dalam alam semula jadi dan pada masa yang sama menjadi sebahagian daripada alam semula jadi.

* Alamat: 300, TashiroMomodani, Shigaraki, Shiga, 529-1814
* Tel.: +81-(0)748-82-3411
* Faks.: +81-(0)748-82-3414
* Cara ke sana: 13 minit dari Stesen JR Kyoto ke Stesen JR Ishiyama.
* Tempat letak kenderaan: 20 bas dan 150 kereta (percuma)
* Yuran kemasukan: Dewasa: 1,000 yen, Pelajar Sekolah Menengah Tinggi dan Kolej: 800 yen, Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah: 300 yen
* Masa Lawatan: 10.00 pagi – 5.00 petang (Kemasukan sehingga 4.00 petang)
* Muzium ini akan ditutup dari 10hb Disember 2012 sehingga 8hb Mac 2013 kerana jalan raya beku. Pameran seterusnya adalah dari 9hb Mac hingga 9hb Jun 2013.
* Laman web: http://www.miho.or.jp/english/index.htm

E9fbf3cda55147371229559177f2d758b8a6e5e3

Kyoto Railway Museum

Baca Lagi

Adf142e8db9594c7ecbe648ba799feb3d5ae174d

Kyoto Shibori Museum

Baca Lagi

Museums08

Pejabat Wilayah Kyoto 【Kawasan Tengah】

Baca Lagi

Museums02

Muzium Seni Moden Negara, Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi