Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums09

Pejabat Bandaraya Kyoto 【Kawasan Tengah】

Plaza utama berhadapan dengan pejabat ini (dibina dalam tahun 1927) menawarkan persekitaran yang selesa dan santai. Bangunan kerajaan dengan gaya Barat pula mengabungkan elemen reka bentuk ketimuran.
Bandaraya Kyoto berusaha keras untuk menarik pelancong asing dari serata dunia. Pejabat Bandaraya Kyoto kini dibuka pada hari Isnin hingga hari Jumaat dari 8:30 hingga 17:00. Plaza utama terletak berhampiran Muzium Kyoto, Pasar Makanan Nishiki, Pontocho, dan Gion. Ia merupakan sebuah tempat yang indah dan sesuai untuk berehat.
Sekali dalam sebulan, pasar lambak akan diadakan di dalam plaza tersebut, yang juga boleh disewa sebagai dewan untuk menganjurkan acara. Tempat ini juga merupakan lokasi yang sesuai untuk menikmati setiap perarakan semasa Pesta Gion-Matsuri dan Jidai-Matsuri. Dalam musim sejuk, kawasan ini dipenuhi lampu dan jalan-jalannya dilimpahi dengan cahaya.

* Alamat: 488 Teramachi-Oike, Kamihonnojimae-cho, Nakagyo-ku, Kyoto City, 604-8571
* Tel.: +81-(0)75-222-3111
* Boleh dihubungi dengan: berjalan 1-minit dari Stesen Kyoto Shiyakusho-mae di Rangkaian Kereta Api Bawah Tanah Tozai
* Waktu: 8:45 - 17:30
* Tutup: Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Tahun Baharu
* Laman Sesawang: http://www.city.kyoto.jp/koho/eng/index.html

07c996966bad0d7a07b655d9441f1e4658781e6f

Muzium Kraf Tradisional Kyoto【Kawasan Timur】

Baca Lagi

E9fbf3cda55147371229559177f2d758b8a6e5e3

Kyoto Railway Museum

Baca Lagi

Museums04

Muzium Manga Antarabangsa Kyoto 【Kawasan Pusat】

Baca Lagi

Museums03

Muzium Negara Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi