Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums11

Muzium Pakaian 【Ruang Tengah】

Muzium Pakaian mula dibuka pada 1974. Sejak itu muzium ini telah mempamerkan patung bersaiz hidup dengan memakai pelbagai pakaian cantik bersama-sama aksesori sepanjang sejarah Jepun.

Pada bulan Oktober 1998, Muzium Pakaian telah membuka tambahan terbaru, Istana Musim Bunga Rokujyo-in. Menggunakan Hikayat Genji sebagai latar belakang, pakaian dan kehidupan golongan bangsawan di Zaman Heian dipamerkan dalam skala satu perempat. Juni-hitoe (bangsawati istana) dan perabot pada zaman tersebut dihasilkan semua dengan tepat dan diletakkan di dalam bilik-bilik istana. Sebuah bilik telah dihasilkan dalam skala penuh.

Suasana Muzium Pakaian direka supaya para tetamu dapat mencapai pemahaman yang mendalam tentang dunia bangsawan di Zaman Heian. Episod romantis yang anda nikmati melalui Hikayat Genji dan skrol gambarnya dihidupkan di hadapan anda.

HikaruGenji, Murasaki-no-ue (watak-watak dalam Hikayat Genji) dan dunia mereka direka semula dalam tiga dimensi yang membolehkan anda untuk turut serta secara senyap dalam kehidupan yang dinikmati oleh bangsawan Heian seribu tahun lalu.

*Alamat: BANGUNAN IZUTSU Aras 5, Shinhanayacho-Dori, HorikawaHigashiiru, Shimogyo-ku, Bandar Kyoto, 600-8468
* Tel.: +81-(0)75-342-5345
* Faks.: +81-(0)75-351-6947
* Akses: 3-minit berjalan dari Hentian Bas Bandar Nishi-Honganji-mae
* Yuran Masuk: Dewasa: 500yen, Menengah Rendah, Menengah Tinggi dan Pelajar Universiti: 300yen, Pelajar Sekolah Rendah: 200yen
* Jam: 9:00-17:00
* Tutup: Ahad dan Cuti Kebangsaan, 13 sehingga 17 Ogos, dan tempoh penyelenggaraan (1 sehinga 30 Jun, 1 Disember sehingga 6 Januari)
* Laman Sesawang: http://www.iz2.or.jp/english/index.htm

Museums06

Muzium Sake Gekkeikan Okura 【Kawasan Selatan】

Baca Lagi

Museums01

Muzium Kyoto 【Kawasan Tengah】

Baca Lagi

Museums02

Muzium Seni Moden Negara, Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi

Museums13

Kursus Seni Bina Moden

Baca Lagi