Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Muzium

Museums14

Kursus Seni Bina Kontemporari

Kursus ini menjadi wadah untuk kerja-kerja seni bina kontemporari di Jepun selepas 1950.

1. Pusat Persidangan Antarabangsa Kyoto
Bangunan ini, yang direka oleh Sachio Otani, dibuka pada 1966 sebagai pusat persidangan antarabangsa Jepun pertama yang di taja kerajaan. Semenjak itu, pusat tersebut telah digunakan sebagai tempat pertukaran intelek dan telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Banyak persidangan antarabangsa termasuklah Forum Air Sedunia, telah diadakan di sini. Protokol Kyoto yang direka bagi mengatasi pemanasan global, juga telah digubal di sini.
Laman web: http://www.icckyoto.or.jp/en/index.html

* Alamat: 422 Iwakura oosagi-cho, Sakyo-ku, Kyoto City
* Tel.: 075-705-1234
* Akses: 5 minit berjalan kaki dari Stesen Kokusaikaikan pada Landasan Kereta Api Bawah Tanah Karasuma

2. Kitayama Ining ‘23
Dibina pada tahun 1987 oleh Shin Takamatsu, yang pada masa ini seorang professor di bahagian penyelidikan sekolah siswazah kejuruteraan Universiti Kyoto, struktur ini memaparkan rekaan baru dan kini sedang digunakan sebagai pusat membeli-belah.

* Alamat: 5-9 Shimogamo Maehagi-cho, Sakyo-ku, Kyoto City
* Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Kitayama pada Landasan Kereta Api Bawah Tanah Karasuma

3. Dewan Konsert Kyoto
Disiapkan pada tahun 1995, bangunan ini telah direka oleh arkitek pasca moden Arata Isozaki. Cerun berbentuk pilin yang menuju ke dewan besar dan kecil yang menjulang tinggi, sejajar dengan harapan anda terhadap ruang pertunjukan yang hebat ini. Dewan ini mengandungi organ paip terbaik Jepun, yang juga contoh terbaik dunia organ paip yang diperbuat daripada buluh shakuhachi, dan peralatan muzik tradisional Jepun yang lain.

* Alamat: 1-26 Shimogamo Hangi-cho, Sakyo-ku, Kyoto City
* Akses: 3 minit berjalan kaki dari Stesen Kitayama Station pada Landasan Kereta Api Bawah Tanah Karasuma
* Laman web: http://www.kyoto-ongeibun.jp/kyotoconcerthall_e/

4. Taman Seni Halus
Direka oleh Tadao Ando dan disiapkan pada tahun 1994, muzium luar ini memperlihatkan pengeluaran semula saiz sebenar karya-karya agung terkenal di atas panel porselin. Terdapat 8 karya kesemuanya termasuklah “The Last Judgment” oleh Michelangelo dan “The Scroll of Frolicking Animals and Humans” oleh imam besar Toba. Ini adalah taman seni terbuka pertama dunia. Mengikuti cerun yang landai ke bawah yang menuju ke dasaran tingkat dua, anda boleh menikmati koridor yang dibina unik dan bunyi air yang mengalir daripada air terjun dan kolam besar dan kecil. Dengan pemandangan menghijau dari taman botani berhampiran, anda akan merasa seperti anda berada di tengah-tengah hutan tebal.

* Alamat: Shimogamo Hangi-cho, Sakyo-ku, Kyoto City
* Tel: 075-724-2188
* Akses: 1 minit berjalan kaki dari Stesen Kitayama Station pada Landasan Kereta Api Bawah Tanah Karasuma
* Waktu Dibuka: 9:00 - 17:00
* Ditutup: December 28-January 4
* Yuran Masuk: Dewasa: 100 yen, Kanak-kanak: (5-15) 50 yen
* Laman web: http://toban-meiga.seesaa.net

5. Menara Kyoto
Ikon Kyoto ini telah dibina oleh Mamoru Yamada pada tahun 1964. Menara ini terletak di atas bumbung sebuah bangunan dan sepatutnya menimbulkan gambaran sebagai sebuah rumah api, merujuk kepada fakta bahawa Kyoto bukanlah sebuah bandar yang terletak di tepi laut. Tidak seperti Menara Eiffel dan Menara Tokyo, Menara Kyoto tidak mempunyai rangka besi. Menara ini mencapai ketinggian 131 meter dan anda boleh menaiki lif ke geladak pemerhatian pada ketinggian 100 meter.

* Alamat: 721-1 Higashi Siokouji-cho, Shimogyo-ku, Kyoto City
* Akses: 1 minit berjalan kaki dari Stesen Kyoto
* Waktu Dibuka: 9:00 - 21:20 (Kemasukan terakhir pada 21:00)
* Ditutup: Dibuka sepanjang tahun.
* Yuran Masuk: Dewasa: 800 yen, Pelajar Sekolah Tinggi 650yen, Pelajar Sekolah Rendah/Sekolah Tinggi Rendah 550yen, Kanak-kanak(3 ke atas) 150yen
* Laman web: http://www.kyoto-tower.co.jp/kyototower/en/index.html

6. Bangunan Stesen Kyoto
Struktur ini, yang siap diubahsuai pada tahun 1997, mempunyai tangga yang amat besar dan dengan ruang yang terbuka luas dan tinggi yang menjulang, menggambarkan kisah sejarah Kyoto dan lokasi geografinya sebagai bandar lembangan yang dikelilingi gunung-gunung. Pusat bangunan ini termasuklah hab utama bagi kereta api dan kereta api bawah tanah JR, sebuah teater, hotel, gedung serbanika dan muzium. Direka oleh Hiroshi Hara, bangunan ini menonjolkan dataran pusat, yang dinaikkan setinggi 45 meter dari aras tanah yang daripadanya menjalar sesiaran gelas (Sky Road). Ini memberikan pemandangan landaian bandar yang tidak patut anda lepaskan.

* Alamat: Higashi Siokouji-cho, Shimogyo-ku, Kyoto City
* Akses: Stesen Kyoto
* Ditutup: Dibuka sepanjang tahun
* Laman web: http://www.kyoto-station-building.co.jp/index.htm
* Peta Panduan Bahasa Inggeris:
http://www.kyoto-station-building.co.jp/map_en/index.html

Museums13

Kursus Seni Bina Moden

Baca Lagi

Museums16

Muzium Seni Perbandaran Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi

Museums06

Muzium Sake Gekkeikan Okura 【Kawasan Selatan】

Baca Lagi

Museums02

Muzium Seni Moden Negara, Kyoto 【Kawasan Timur】

Baca Lagi