Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Soalan Lazim Tentang Melancong di Kyoto

Maklumat asas

Kali pertama di Kyoto. Apa yang boleh saya lihat?
Selain daripada musim terbaik bunga sakura pada musim bunga dan dedaunan berwarna-warni musim gugur, Kyoto juga mempunyai banyak acara pada musim panas dan musim sejuk, seperti bukaan awam khas kuil dan candi. Kuil dan candi bersejarah di Kyoto, jalan-jalan bandar yang mempersonakan, dan pemandangan semula jadi yang indah di Arashiyama dan Kibune juga boleh dinikmati sepanjang tahun.
Panduan Perjalanan Rasmi Kyoto City mempunyai maklumat tentang pelbagai cara untuk menikmati lawatan anda.
Terdapat juga model itinerari perjalanan yang disyorkan di Insider Blog. Cuba lah melihatnya!
Boleh dapatkan peta Kyoto?
Malangnya kami tidak dapat menghantar peta atau risalah ke luar negara.
Jika anda ingin mendapatkan peta sebelum perjalanan anda, sila gunakan aplikasi peta, atau muat turun PDF dari laman web.

Peta Kyoto dikuasakan oleh Stroly (Percuma)
https://m.stroly.com/kyoto_mice/i#_OP_kyomap2016

Panduan Boleh Cetak
https://ja.kyoto.travel/doc/pdf/map/KYOTO_MAP_omote2019_1.pdf

Anda boleh mencari peta kawasan, risalah, dan banyak lagi di Kyo-Navi, pusat maklumat pelancong umum Kyoto, atau di Sudut Maklumat Pelancong di Sanjo Kawaramachi, Kyoto.
Pusat-pusat ini juga akan memberikan maklumat tentang persiaran di Kyoto City, jadi singgahlah ke sini apabila anda datang ke Kyoto.
> Lihat lebih lanjut tentang Pusat Maklumat Pelancong
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan di Kyoto semasa taufan atau gempa bumi?
Lihat pautan berikut untuk maklumat terkini mengenai keadaan Kyoto City.

Pusat Maklumat Pengurusan Krisis Kyoto, “Skrin kecemasan ketika bencana”
http://www.bousai-kyoto-city.jp/bousai/msaigai_eng.html

Dapatkan Maklumat mengenai Transit Awam Di Sini:

Laluan Keretapi
https://www.bousai-kyoto-city.jp/kitakushien/operation/route.html?lang=en

Penerbangan dan Lapangan Terbang
https://www.bousai-kyoto-city.jp/kitakushien/operation/plane.html?lang=en

* Laman di atas dikemas kini secara berkala, jadi untuk maklumat yang paling terkini, sila rujuk terus ke laman web rasmi setiap perkhidmatan.
Di manakah saya boleh merokok di Kyoto City?
Merokok di atas jalan dan di laluan pejalan kaki sangat berbahaya. Ordinan Kyoto City telah mengharamkan merokok di luar kawasan yang ditetapkan di semua jalan di bandar. Tambahan pula, orang yang merokok di kawasan yang dilarang merokok akan didenda 1,000 yen. Sila merokok hanya di kawasan merokok yang ditetapkan.
* Kawasan-kawasan berikut di Kyoto City telah ditetapkan sebagai dilarang merokok:
Kawasan pusat bandar, Stesen Kyoto dan kawasan sekitarnya, kawasan Kiyomizu dan Gion
> Lihat lebih lanjut di sini:
https://www.city.kyoto.lg.jp/bunshi/cmsfiles/contents/0000027/27498/291010-2-003kinshikuiki.gif
Saya hilang sesuatu. Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?
Di mana anda perlu menghubungi bantuan bergantung kepada di mana item itu hilang atau tercicir.

* Sekiranya anda kehilangan sesuatu di luar pengangkutan awam, sila buat pertanyaan di balai polis atau pondok polis terdekat.
Balai Polis / Pondok Polis:
https://kyoto.travel/en/traveller_kit/tools_safety

[Pengangkutan Awam]
- Shinkansen (keretapi laju): Sila buat pertanyaan secara langsung dengan hadir di Pusat Maklumat JR Tokai di tingkat 1 Stesen Kyoto
- Subway (Meja Maklumat Stesen Karasuma Oike): + 81-75-213-1650 (7:30 am - 7:30 pm)
- Laluan Keretapi JR West (Laluan khas hilang & jumpa untuk laluan keretapi JR di Barat Jepun): + 81-6-6133-4146
- Bas Kyoto City (Meja Maklumat Kitaoji): + 81-75-493-0410 (7:30 am - 7:30 pm)
- Teksi: + 81-75-672-1110 (9:00 am - 5:00 pm / Ditutup pada hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum)
* Bukan semua lokasi mempunyai perkhidmatan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya anda mempunyai masalah, sila lawati stesen keretapi atau pusat maklumat pelancong terdekat.
Di manakah terletaknya loker syiling atau tempat penyimpanan bagasi?
Apabila anda bersiar-siar di Kyoto City, yang terbaik adalah menyimpan bagasi anda yang lebih besar ke dalam loker syiling, dan mengepos bagasi anda terlebih dahulu atau menyimpannya di dalam bilik jubah buat sementara waktu.
Loker syiling akan penuh dengan cepat semasa tempoh sibuk, jadi gunakan lah penyimpanan bagasi atau perkhidmatan penghantaran.
Anda boleh memeriksa ketersediaan loker syiling di Stesen Kyoto melalui “Loker Concierge”.
Kami juga mengesyorkan anda menggunakan perkhidmatan penghantaran bagasi ke hotel anda terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila lihat "Hands Free Travel in Kyoto."
- Locker Concierge: http://www.akilocker.biz/mobile/area.html?locationId=JR_KYOTO
- Hands Free Travel in Kyoto: https://hands-free-kyoto.jp/

Sekiranya kehilangan tempat loker syiling di dalam Stesen Kyoto, anda boleh menggunakan nombor loker untuk mengesahkan lokasinya.
Jika anda memerlukan bantuan, sila lawati "Kyo Navi" Pusat Maklumat Pelancong Kyoto.

"Kyo Navi" Pusat Maklumat Pelancong Kyoto
Alamat: JR Kyoto Station Building 2nd Floor Shimogyo-ku, Kyoto
Lokasi: Klik sini untuk melihat di Google Maps
Tel.: +81-75-343-0548
Waktu: 8:30 am. - 7:00 pm
Tutup: Di buka sepanjang tahun
Bahasa: Bahasa Inggeris, Cina (Tradisional dan Ringkas), Korea
Bagaimana saya boleh pergi ke Stesen Kyoto dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai?
Anda boleh sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dari Stesen Kyoto menggunakan keretapi JR Haruka Airport Express atau Bas Airport Limousine yang berlepas dari Hachijo Exit di Stesen Kyoto. Terdapat juga Bas Airport Limousine yang berlepas dari Hachijo Exit untuk memudahkan akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka (Lapangan Terbang Itami).

Untuk akses dari KIX (Lapangan Antarabangsa Kansai) ke Kyoto, lihat di bawah:

JR Haruka Airport Express: Sekitar 75 minit
Keretapi menghala Kyoto ini berjalan setiap setengah jam pada waktu pagi dan petang, dan setiap jam pada waktu siang.
https://www.kansai-airport.or.jp/en

Bas Airport Limousine: Sekitar 120 minit
Bas Airport Limousine akan menurunkan anda di destinasi terpilih di Kyoto dengan harga yang agak rendah.

Perkhidmatan Teksi Ulang-alik: Sekitar 120 minit
Tempahan biasanya diperlukan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum. Dengan harga tetap beberapa ribu yen, anda boleh turun di mana-mana sahaja di Kyoto.

* Untuk maklumat akses bagi setiap perkhidmatan, anda boleh mendapatkan butiran di kaunter maklumat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan Pusat Maklumat Pelancong di Kyoto City.

Pengangkutan

Bagaimana saya boleh pergi ke Kyoto dari Tokyo menggunakan keretapi laju Shinkansen?
Keretapi laju Shinkansen (Nozomi atau Hikari) bergerak terus dari Stesen Tokyo ke Stesen Kyoto.
Keretapi Nozomi tiba paling cepat (dalam 2 jam 20 minit), tetapi Japan Rail Pass tidak boleh digunakan untuk Nozomi. Jika anda mahu menggunakan Japan Rail Pass, naiklah Hikari (tiba dalam masa 2 jam 40 minit) atau keretapi Kodama.
Juga, jika anda menaiki Shinkansen terakhir dari Tokyo ke Kyoto, ketahuilah bahawa terdapat sedikit pilihan bas atau keretapi untuk ke hotel atau destinasi lain dari Stesen Kyoto. Kami mencadangkan anda menaiki selewat-lewatnya Shinkansen pada jam 8:00 pm. dari Tokyo.
Untuk jadual perjalanan Shinkansen, dan maklumat mengenai pembelian tiket, termasuk tempat duduk tempahan, sila lihat Laman Web Rasmi JR.
https://www.eki-net.com/pc/jreast-shinkansen-reservation/English/wb/common/Menu/Menu.aspx
Bagaimana saya boleh pergi ke Kyoto dari Namba, Osaka?
Untuk sampai ke Kyoto dari Namba di Osaka, ambil Osaka Metro, Midosuji Line ke Stesen Umeda, kemudian berjalan ke Stesen JR Osaka dan mengambil JR Kyoto Line ke Stesen Kyoto. Perjalanan ini mengambil masa sekitar 50 minit.
Jika anda pergi ke kawasan Shijo Kawaramachi di pusat bandar Kyoto, maka mungkin lebih mudah bagi anda untuk mengambil keretapi Hankyu Railway dan turun di Stesen Kyoto-Kawaramachi atau mengambil keretapi Keihan Railway dan turun di Stesen Gion Shijo.
Terdapat juga Bas Ekspres Langsung (dikendalikan oleh Keihan Bus) di mana anda boleh melakukan perjalanan terus dari Namba (OCAT) ke Stesen Kyoto: https://www.keihanbus.jp/express/namba/
Bagaimana saya boleh pergi ke Uji dari Kyoto?
Jika anda mengambil keretapi Miyako Rapid di JR Nara Line dari Stesen Kyoto, anda boleh sampai ke Uji sekitar 20 minit.
Jika anda berada di kawasan pusat bandar Kyoto, Shijo Kawaramachi, ia adalah paling mudah untuk mengambil Keihan Railway. Ambil sahaja keretapi Limited Express dari Stesen Keihan-Sanjo atau Gion-Shijo, kemudian pindah ke Keihan Uji Line di Stesen Chushojima dan turun di perhentian terakhir, Stesen Uji.
Bagaimana saya boleh pergi ke Nara dari Kyoto?
Anda boleh sampai ke Nara dari Stesen Kyoto sekitar 45 minit menggunakan keretapi Miyakoji Rapid di JR Line, atau kira-kira 45 minit melalui keretapi ekspres di Kintetsu Line. Anda mungkin perlu berpindah laluan bergantung bila anda menaikinya, jadi sila semak sebelum masuk ke dalam tren.
Bagaimana saya boleh pergi ke tarikan pelancongan utama di Kyoto?
Lihat di bawah untuk beberapa contoh laluan dari Stesen Kyoto ke tempat-tempat tumpuan utama di Kyoto.

[Tarikan Pelancongan Utama di Kyoto]
・Kiyomizu / Kawasan Gion
・Kinkaku-ji Temple
・Arashiyama
・Fushimi Inari-taisha Shrine
・Nijo-jo Castle

Lihat butiran di sini: https://kyoto.travel/assets/travel/travel_overviewmap-e9ac7171fcf11760f10a780d2c3b3eef.pdf

* Terdapat laluan lain yang mungkin untuk tempat-tempat persiaran ini juga. Sila rujuk berikut untuk laluan pengangkutan lain yang mungkin:
・Peta Bas di Kyoto City: https://kyoto.travel/en/traveller_kit/kyotocity_bus
・Aplikasi Perancangan Laluan Kyoto: https://www.arukumachikyoto.jp/index.php?lang=en
Adakah Kyoto mempunyai tiket pas 1-hari atau pas-pas pengangkutan berdiskaun lain?
Ya. Kami mengesyorkan untuk anda menggunakan pas-pas pengangkutan di Kyoto supaya ia lebih murah untuk melawat semua tarikan.

Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan semua jenis pengangkutan awam di Kyoto yang berbeza-beza, atau jika anda ingin hanya mengecaj bayaran kepada pas dengan jumlah wang diperlukan bagi setiap perjalanan sahaja, Kansai One Pass, yang boleh digunakan di seluruh kawasan Kansai mungkin adalah pilihan yang baik.
Jika anda hanya ingin melancong di dalam Kyoto City, dan ingin menaiki bas dan subway di bandar untuk bayaran rata, terdapat juga kad magnetik yang boleh digunakan sebagai pas satu atau dua hari.
Jika anda sedang mengembara di dalam Kyoto City dengan "Pas Satu Hari Bas & Subway (900 yen)," sangat memudahkan untuk pergi ke stesen subway terdekat dari destinasi anda, dan kemudian mengambil bas dari sana untuk memendekkan masa perjalanan anda. “Pas Dua Hari Bas & Subway (1700 yen)” juga ada dijual.

Untuk maklumat lanjut tentang harga tiket pengangkutan dan di mana untuk membeli mereka, sila lihat di sini: https://kyoto.travel/en/traveller_kit/tools_service
Di manakah saya boleh mendapatkan bayaran balik deposit saya bagi kad pintar (IC) pengangkutan?
Pemegang kad Kansai One Pass (ICOCA) boleh mengunjungi Pejabat Tiket JR Central (Midori-no-madoguchi) di Stesen Kyoto, atau pejabat tiket pusat di kawasan ICOCA JR West Japan untuk bayaran balik.
* Harap maklum bahawa bayaran balik deposit untuk PiTaPa dan beberapa kad pengangkutan lain tidak boleh dikeluarkan di kawasan Kansai.
* Terdapat beberapa pra-syarat untuk bayaran balik. Pastikan ia terlebih dahulu semasa anda membeli kad di Pejabat Tiket JR Central.

Bagaimanapun di Bas Kyoto City dan Subway Perbandaran Kyoto anda boleh menggunakan kad pengangkutan IC yang boleh digunakan di seluruh Jepun.
Lihat di sini untuk maklumat tentang jenis kad IC yang boleh anda gunakan, di mana untuk membelinya, dan butir-butir mengenai kawasan-kawasan mana ia boleh digunakan:
https://www2.city.kyoto.lg.jp/kotsu/webguide/en/ticket/ic_card.html
Adakah terdapat bas-bas persiaran di Kyoto?
Terdapat bas lawatan yang berlepas dari Stesen Kyoto, termasuk yang menggunakan panduan bahasa Inggeris melalui fon telinga.

Untuk mendaftar untuk lawatan dengan bas, anda boleh membuat tempahan di setiap laman web syarikat bas masing-masing, atau periksa tempat duduk terbuka di Kyoto Sightseeing Bus di "Kyo Navi" Pusat Maklumat Pelancongan Kyoto bermula tiga hari sebelum perjalanan sehingga hari perjalanan anda. Anda juga boleh membeli tiket di kaunter.

[Bas Hop On Hop Off Lawatan ke Tarikan Utama Kyoto]
- Sunrise Tours
https://www.jtb.co.jp/sunrise_tours/tours/index_en.asp#kyoto-nara
- Bas Kyoto Sightseeing
http://willerexpress.com/en/keihanbus/
- Sky Hop Bus Kyoto
https://skyhopbus.com/kyoto/
Bagaimana saya boleh menempah aktiviti-aktiviti di Kyoto yang memerlukan tempahan awal?
Anda boleh mencari maklumat lokasi tempat persiaran di Kyoto yang memerlukan tempahan awal, di bawah.
- Saiho-ji Temple (juga dikenali sebagai Koke-dera, the Moss Temple): http://saihoji-kokedera.com/en/top.html
- Katsura Imperial Villa: https://sankan.kunaicho.go.jp/english/about/katsurarikyu.html
- Kyoto Sento Imperial Palace: https://sankan.kunaicho.go.jp/english/about/sentou.html
- Shugakuin Imperial Villa: https://sankan.kunaicho.go.jp/english/about/shugakuin.html

* Tiket boleh didapati di pintu, dan tiket bernombor diedarkan bermula pada 8:40 pagi di Katsura Imperial Villa, dan 11:00 pagi di Kyoto Sento Imperial Palace, dan Shugakuin Imperial Villa. Walau bagaimanapun, tiket-tiket ini mempunyai kuantiti terhad, jadi adalah disyorkan untuk membuat tempahan dalam talian terlebih dahulu.

* Ambil perhatian, tempahan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain di laman web ini.

Selain dari di atas, anda boleh mencari butiran mengenai lawatan berpandu dan aktiviti lain yang memerlukan tempahan awal, dan daftarlah di laman web di bawah:
http://voyag.in/ThingsToDo-inKyoto

Penginapan

Di manakah saya patut menginap di Kyoto?
Jika anda merancang untuk melawat tempat-tempat persiaran popular, kami cadangkan anda memilih sebuah hotel atau ryokan berhampiran lokasi-lokasi ini untuk mengelakkan orang ramai pada siang hari dan melawat tempat-tempat awal pagi sebelum orang lain.
Sekiranya anda mempunyai sutkes atau bagasi besar yang lain, untuk membuat pengalaman perjalanan anda lebih menyenangkan dengan mengelakkan perjalanan ke penginapan anda dengan bas, anda patut tinggal berhampiran Stesen Kyoto, atau berhampiran dengan salah satu stesen subway di Kyoto.
Jika anda mahukan penginapan “gaya Kyoto”, cuba menginap di rumah tumpangan Ryokan. Pengalaman ini pasti akan datang dengan pengalaman yang unik, seperti tidur di bilik tatami, mandi di onsen, dan bersarapan gaya tradisional Jepun.
Untuk mencari hotel dan ryokan di Kyoto, sila gunakan laman di bawah: https://kyoto.travel/en/planyourvisit/accommodations
Ryokan manakah yang mempunyai onsen di Kyoto?
Anda boleh mencari ryokan atau hotel dengan onsen menggunakan laman di bawah. Anda boleh mencari ryokan yang mempunyai tab mandi awam yang besar serta yang mempunyai onsen peribadi.
Bukan semua onsen adalah onsen semulajadi, jadi periksalah terlebih dahulu.
Kami juga mengesyorkan anda menggunakan sento (rumah mandi awam) jika anda tinggal di rumah tetamu atau penginapan lain yang dilengkapi hanya dengan pancuran mandi.

Cari onsen atau sento pilihan anda, juga arahan dan panduan untuk mandi di sini:

Onsen (Kolam Air Panas)
https://www.onsen-tourism.kyoto/en/

Sento (Rumah Mandi Awam)
https://1010.kyoto/?lang=en

Tarikan dan Pengalaman Pelancong

Bilakah tiket-tiket untuk Festival Aoi Matsuri, Festival Gion Matsuri dan Festival Jidai Matsuri akan mula dijual?
Dengan bayaran, pelawat boleh menempah tempat duduk untuk menonton perarakan secara dekat di tiga pesta besar Kyoto (Festival Aoi Matsuri, Festival Gion Matsuri, dan Festival Jidai Matsuri).
Laman web di mana tiket boleh dibeli dan anggaran masa untuk pengumuman mengenai jualan tiket adalah seperti berikut:
- Festival Aoi Matsuri: Sekitar awal April
https://www.govoyagin.com/ja/activities/japan-kyoto-aoi-matsuri-festival-tickets-instant-e-tickets/4474
- Festival Gion Matsuri: Sekitar awal Jun
https://www.govoyagin.com/ja/activities/japan-kyoto-gion-matsuri-festival-parade-tickets/8337
- Festival Jidai Matsuri: Sekitar awal September https://www.govoyagin.com/ja/activities/japan-kyoto-jidai-matsuri-festival-in-kyoto-tickets/7545
Apakah waktu yang paling sesuai untuk melihat bunga sakura mekar di Kyoto?
Dalam tahun-tahun sebelum ini, kemuncak bunga sakura mekar penuh di Kyoto adalah bermula dari akhir Mac hingga awal April.
Terdapat beberapa jenis pokok sakura yang berlainan, dengan permulaan yang awal berkembang pada separuh kedua bulan Februari, dan yang terakhir dapat dinikmati dari awal hingga pertengahan April. Sakura jenis Yoshino akan berada di kemuncak mekar penuh pada akhir Mac, dan pokok-pokok ini dapat dilihat di seluruh Kyoto City.
Lihatlah artikel ini untuk maklumat mengenai kemuncak bunga sakura mekar penuh di seluruh Kyoto pada tahun-tahun yang lalu: https://kyoto.travel/en/topics/cherry-blossom-times
Walau bagaimanapun, masa terbaik untuk melihat sakura berubah bergantung kepada keadaan cuaca setiap tahun. Ambil perhatian bahawa masa mekar mungkin juga berbeza bergantung pada kawasan yang anda lawati.

Kalendar Sakura Kyoto:
https://cherryblossoms.kyoto.travel/
Bilakah waktu yang paling sesuai untuk melihat dedaunan musim luruh di Kyoto?
Pada tahun-tahun sebelumnya, kemuncak dedaunan musim luruh di Kyoto adalah dari sekitar pertengahan November hingga awal Disember, yang berlangsung selama sekitar 10 hari.
Pada amnya, warna daun akan berubah apabila suhu pagi yang paling rendah jatuh ke sekitar 8-9 °C, dan perubahan warna muncul pada ketinggian yang lebih tinggi dahulu.
Jika anda memilih tempat untuk dikunjungi mengikut masa lawatan anda, anda boleh menikmati dedaunan musim luruh lebih lama lagi.
Lihatlah artikel ini untuk maklumat tentang kemuncak dedaunan musim luruh di seluruh Kyoto pada tahun-tahun sebelum:
https://kyoto.travel/en/topics/autumn-leaves
* Harap maklum bahawa kemuncak dedaunan musim luruh akan berubah setiap tahun bergantung kepada cuaca.

Kalendar Dedaunan Musim Luruh Kyoto:
https://fallfoliage.kyoto.travel/
Apa yang saya boleh lakukan di Kyoto pada waktu petang dan malam hari?
Kyoto Tower dan Shogunzuka Seiryuden adalah dua tempat di Kyoto yang terkenal dengan pemandangan malam mereka. Terdapat juga pesta cahaya dan pembukaan khusus waktu malam di kuil dan candi, bergantung pada masa di dalam tahun tersebut.
* Bergantung pada lokasi, mungkin hanya sedikit bas yang beroperasi pada waktu malam, jadi kami nasihatkan anda mencari pilihan pengangkutan dan waktu untuk anda pulang.
Bagaimana saya boleh menempah pemandu pelancong peribadi di Kyoto?
Di Kyoto, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pemandu pelancong peribadi untuk menemankan anda sewaktu bersiar-siar, atau pakej yang fokus untuk tema-tema tertentu.
Di laman web berikut, anda boleh menempah pemandu pelancong-jurubahasa peribadi yang diperakui oleh Kyoto City. Terdapat juga lawatan berjadual di sekitar bandar yang dipandu oleh pemandu pelancong yang diperakui oleh Kyoto City, jadi jangan ragu untuk menyertainya.
Laman Web Panduan Pelawat Kyoto: https://www.kyotovisitorshost.com/en/ (Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol)
Sekitar jam berapakah kuil-kuil dan lain-lain tarikan pelancongan lain tutup di Kyoto?
Masa tutup berbeza bergantung kepada lokasi.

Tempat-tempat persiaran:
- Kebanyakan kuil dan candi ditutup sekitar jam 4.00 pm, sila periksa terlebih dahulu. Bergantung kepada musim, kuil dan candi mungkin dibuka pada waktu malam untuk acara pencahayaan khas.
- Kebanyakan muzium ditutup pada jam 5.00 pm. Waktu perniagaan mungkin dilanjutkan bergantung pada hari dalam minggu itu. Kebanyakan muzium juga ditutup pada hari Isnin.
* Ia adalah tipikal kebanyakan kuil, candi dan muzium untuk menutup pejabat penerimaan mereka 30 minit sebelum waktu tutup.
* Bergantung kepada keadaan trafik, anda mungkin tiba di destinasi anda lewat daripada yang dijangkakan, jadi jika terdapat tempat tertentu yang anda ingin lawati, pastikan anda menyemak semula masa tutupnya, dan tibalah lebih awal.

Membeli-belah:
- Masa penutupan di Pasar Nishiki berbeza-beza oleh kedai, tetapi banyak akan mula dibuka pada pukul 8:30 pagi, dan sekitar jam 10:00 malam semua kedai akan ditutup. Banyak kedai-kedai ditutup pada jam 6:00 pm, jadi cubalah untuk datang sebelum waktu tersebut.
- Gedung membeli belah secara tipikal akan dibuka dari jam 10:00 am - 8:00 pm.
- Kebanyakkan kedai ubat ditutup pada sekitar 10:00 pm.
- Kedai serbaneka biasanya dibuka 24 jam.
Adakah tarikan-tarikan pelancongan dan kedai dibuka pada cuti Tahun Baru di Kyoto?
Sesetengah kedai ditutup dari 29 Disember hingga 3 Januari, tetapi banyak kedai yang akan terus dibuka di kawasan pelancongan yang popular, jadi anda mungkin tidak akan kesusahan. Kebanyakan gedung membeli belah biasanya hanya akan ditutup pada Hari Tahun Baru.
Di Jepun, adalah tradisi bagi ramai orang untuk melawat kuil dan candi untuk berdoa pada Hari Tahun Baru, dalam adat yang dikenali sebagai "Hatsumode." Oleh kerana itu, anda sepatutnya dapat melawat kebanyakan kuil dan candi sepanjang cuti Tahun Baru. Kebanyakan kuil dan candi juga mengadakan beberapa acara dari Malam Tahun Baru hingga Hari Tahun Baru.
Di manakah saya boleh melihat maiko dan geiko?
Di Gion Corner Yasaka Hall di daerah Gion, anda boleh menikmati secara kasual bukan sahaja tarian Kyoto tradisional maiko (perantis geiko), tetapi juga pelbagai seni persembahan tradisional Jepun yang lain. Selain daripada tarian Kyoto tradisional, pelawat dapat melihat seni Jepun seperti teater Kyogen, muzik mahkamah tradisional Jepun, upacara minum teh, susunan bunga Jepun, dan persembahan muzik koto dalam masa sejam. Mengambil gambar semasa persembahan juga dibenarkan. Di luar dari hari penutupan regular, persembahan akan dijalankan dua kali sehari dari 6 pm hingga 7 pm. Pelawat yang datang secara individu tidak perlu membuat tempahan
http://www.kyoto-gioncorner.com/global/en.html

Di samping itu, bergantung pada musim, akan terdapat persembahan dari geiko dan maiko dari daerah hiburan kagai tradisional Kyoto.
Untuk butiran tentang durasi persembahan dan harga tiket, sila rujuk laman web rasmi setiap kagai.
[Jangkaan Musim Persembahan]
- Tarian Kitano-odori http://www.maiko3.com/kitano-odori.html : sekitar Mac
- Tarian Miyako-odori http://miyako-odori.jp/english/ : sekitar April
- Tarian Kyo-odori http://www.miyagawacho.jp/kyoodor.html : sekitar April
- Tarian Kamogawa-odori https://en.kamogawa-odori.com/ : sekitar May
- Tarian Gion-odori http://www.gionhigashi.com/gion : sekitar Oktober
- Tarian Kotobuki-kai http://www.maiko3.com/kotobuki-kai.html : sekitar Oktober

Tiket untuk persembahan yang disenaraikan di atas boleh dibeli kira-kira sejam sebelum setiap satu bermula di "Kyo Navi" Pusat Maklumat Pelancong Kyoto. Membeli tiket anda sebelum hari persembahan adalah disyorkan.

"Kyo Navi" Pusat Maklumat Pelancong Kyoto
Alamat: JR Kyoto Station Building 2nd Floor Shimogyo-ku, Kyoto
Lokasi: Klik sini untuk melihat di Google Maps
Tel.: +81-75-343-0548
Waktu: 8:30 am. - 7:00 pm
Tutup: Dibuka sepanjang tahun
Bahasa: Bahasa Inggeris, Cina (Tradisional dan Ringkas), Korea

Jangan mengambil gambar geiko dan maiko di jalanan.

Membeli-belah

Bagaiamanakah pengecualian cukai boleh diperolehi di Kyoto?
Kyoto penuh dengan kraf dan kesenian tradisional, dan terdapat banyak cenderamata Kyoto yang unik. Membeli-belah mungkin salah satu perkara yang anda tidak sabar lakukan ketika melawat Kyoto. Jika anda telah memeriksa prosedur untuk memohon pengecualian cukai, anda boleh berbelanja tanpa perlu bimbang tentang pembelian besar.
Anda boleh mencari kedai-kedai bebas cukai di Kyoto City di laman ini: https://kyoto.travel/en/thingstodo/shopping

* Di Jepun, cukai konsumsi (GST) sebanyak 10% telah dikenakan selepas Oktober 2019.
Walau bagaimanapun, barangan makanan dan minuman layak untuk kadar cukai yang lebih rendah sebanyak 8%. Minuman beralkohol dan makan di luar tidak layak untuk kadar cukai yang lebih rendah ini.

Makan di Kyoto

Di manakah saya boleh mencari kafe atau restoran untuk sarapan pagi di Kyoto?
Tertanya-tanya tentang pilihan sarapan pagi anda? Kyoto tentu sahaja mempunyai banyak kedai roti, serta kafe gaya barat dan kedai kopi, tetapi ia adalah pengalaman lain untuk memulakan hari anda di bandar dengan beberapa hidangan tempatan yang lazat. Baca laman di bawah untuk mengetahui pilihan untuk memulakan hari anda gaya Kyoto dengan sarapan nasi dan miso sup di machiya, makan di kafe lama, atau keluar untuk mencari sarapan pagi gaya Jepun anda sendiri!
https://kyoto.travel/en/topics/breakfast-in-kyoto
Di manakah saya boleh mencari restoran yang mempunyai makanan Halal di Kyoto?
Kepelbagaian budaya Kyoto bermakna ia menjadi rumah kepada pelbagai pilihan makanan halal yang lazat juga, dari makanan Jepun yang lebih tradisional hingga yang eksotik.
Untuk mendapatkan idea tentangapa pilihan makanan mesra orang islam yang ditawarkan oleh Kyoto, lihatlah laman Finding Halal Food! Anda akan mendapati banyak gaya masakan, termasuk tauhu, masakan kaiseki, dan kyo-ryori dan restoran yang terdiri daripada bebas daging babi hingga mesra Halal, yang disahkan oleh Persatuan Muslim Kyoto.
Di manakah saya boleh mencari restoran yang mempunyai makanan vegan atau vegitarian di Kyoto?
Terdapat banyak pilihan untuk vegan dan vegetarian untuk makanan Kyoto tradisional, yuba (kulit tauhu) dan tauhu, sayuran Kyoto tempatan (atau "Kyo-yasai"), dan banyak lagi.
Anda boleh menemui beberapa restoran dan kafe vegetarian dan vegan yang terbaik di Kyoto, dari tempat makan tengah hari yang bergaya di tepi sungai, hingga makanan tradisional Buddha yang anda boleh nikmati di kuil-kuil bersejarah! di laman berikut:
https://kyoto.travel/en/topics/vegetarian